Rabu, 17 April 2013

Apa itu kaunseling?

 

Apa Itu Kaunseling...

 

Makna Kaunseling

• Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.


Objektif Kaunseling

Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja   dengan berkesan.

• Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.

• Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.

• Menolong klien menyelesaikan masalahnya.


Tujuan Kaunseling

Memberi Maklumat-Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat

Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor

Menggalakkan Celik Akal-Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran.Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

Memberi Sokongan-Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

Penyelesaian Konflik-Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak). Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

Membuat keputusan-Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil
 














 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan